Sarawak menyambut baik kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam mengukuhkan integriti di perbatasan khususnya apabila pembukaan Nusantara di Kalimantan kelak.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata ia sebagai salah satu usaha bagi mengelak pelanggaran undang-undang dan kedaulatan negara.